Cintai Rasulullah

Assalamualaikum

Terdapat beberapa langkah untuk kita sentiasa mencintai Rasulullah. Ianya hendaklah kita lakukan setiap hari. Bila dah solat subuh tu apalah salahnya kalau kita ambil 3-5 minit untuk laksanakan amalam ini. Saya dapat amalan ini dari ustaz di sekolah saya ketika kami membuat qiamullail di sekolah. Amalan ini eloklah kita tampal di sudut mana-mana bilik kita supaya kita sentiasa nampak agar kita tak terlupa. Al-maklumlah kita ni manusia. 

1. Pagi- pagi kita mesti niat. Niat apa ? Fahami niat ini agar kita "feel" bila membacanya
" Segala gerak dan diam itu adalah khidmatku kepada Rasulullah SAW bagi membuktikan kejujuran cintaku kepada baginda, walaubagaimanapun keadaan diriku samada dalam ketaatan atau sebaliknya kerana kejujuran cinta kepada Rasulullah SAW adalah pintu pengabdianku yang hakiki kepadamu Ya Allah"

2. Istighfar 
Kita istighfar biasa pun takpa tapi adalah lebih baik kalau kita baca penghulu istighfar (Sayyidul Istighfar) baca 3 kali.



3. Selawat ke atas nabi
Selawat bias apun takpa tetapi lebih baik baca selawat Ibrahimiyyah. Selawat yang kita ada baca masa tahiyat akhir tu. ha dah ingat?


4. Ucap kalimah Syahadah

5. Selawat thobibiyah


Mudah bukan ? hanya 5 steps aja. Inshaa Allah kita akan berusaha bersama-sama untuk menjadi muslim dan muslimat yang lebih baik di mata Allah. Ok itu ja nak share, kita jumpa lembaran yang lain ye. wah mcm tulis surat. hihi Assalamualaikum :)